SELAMAT BERCUTI WARGA TDS
SEKITAR PROGRAM PERKHEMAHAN KOKURIKULUM TDS 2013
22, 23 & 24 Mac 2013: Telah berlangsungnya Perkhemahan Unit Beruniform SMKTD 2013. Perkhemahan ini diadakan di padang sekolah dan aktiviti - aktiviti pelajar berlangsung di sekitar kawasan sekolah. Seramai 100 orang pelajar telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak urusetia untuk menjadikan perkhemahan ini menarik. Antaranya adalah:
1. Team Building
2. Jalan Lasak
3. Malam Kebudayaan
4. Ikatan Tali
5. Pertandingan Masakan
6. Permainan Tradisional
Majlis penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKTD, En. Anuar bin Sukiran. Akhir kata, perkhemahan pada tahun ini telah berjalan dengan jayanya. Sehingga bertemu lagi tahun hadapan dalam Perkhemahan Unit Beruniform 2014.
AKAN DATANG
TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM 2012 YANG TELAH BERJAYA!!
Pihak admin dan sekolah mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada anda semua dan terima kasih kerana telah membanggakan sekolah. <gambar akan diupload kemudian>
PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 15 MSSD PASIR GUDANG
22/03/2013: Telah berlangsungnya perlawanan bola sepak bawah 15 MSSD Pasir Gudang. Buat julung kalinya TDS menghantar pasukan bawah 15 untuk bertanding setelah berehat sejak sekian lama. Atas bimbingan jurulatih utama Cikgu Hairunizam, pasukan TDS yang terdiri daripada kumpulan A dan B berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya. Tahniah kepada team bola sepak TDS!! Rebutlah kemenangan untuk sekolah!!
MAJLIS PERKONGSIAN PENGALAMAN AKTIVIS PALESTIN & PERTANDINGAN KALIGRAFI BAHASA CINA
15/3/2013 Satu sesi perkongsian pengalaman oleh seorang aktivis kemanusiaan yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin telah diadakan di Surau Al- Falah SMK Taman Daya. Penceramah pada hari tersebut adalah sdr. Ahmad Danial bin Sharuddin. Beliau memegang jawatan Ketua Unit Dakwah Pertubuhan IKRAM Johor.
Selain sesi perkongsian tersebut, pelajar berbangsa Cina pula telah menjayakan aktiviti melukis kaligrafi cina di kantin sekolah. aktiviti ini adalah bersempena bulan penghayatan bahasa yang sedang berlangsung di SMK Taman Daya.
MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP, PONTENG SIFAR DAN PERWATIKAHAN PEMIMPIN TDS 2013
20/2/2013: Telah berlangsungnya majlis perwatikahan pemimpin TDS bagi tahun 2013. Majlis juga telah melangsungkan pelancaran OPS SIKAP dan Ponteng Sifar untuk para pelajar TDS. Majlis telah disempurnakan oleh Inspektor Mazlan (Ketua Balai Polis Setia Indah, JB)
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2013
1/1/2013: Telah berlangsung pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2013. Kehadiran pada hari tersebut amat menggalakkan daripada ibu bapa. Ini adalah kerana mulai tahun 2013, TDS dijadikan sekolah kawalan sepenuhnya untuk Tingkatan 1. Maka para pelajar yang terpilih dari kalangan pelajar yang mendapat 3A, 4A, 5A, 6A dan 7A sahaja yang dibolehkan mendaftar di TDS. Ini adalah detik yang sangat bersejarah untuk TDS. Kami di TDS sangat berbangga dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak PPD Pasir Gudang. InsyaAllah warga TDS akan bekerja keras untuk merealisasikan hasrat dan harapan semua pihak dan menglahirkan anak didik yang 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'. |